Tuesday, 7 July 2009

Harga sebuah kereta dan ANAK...

Ingatlah......marah mcm mana sekalipun, jgnlah bertindak keterlaluan................sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja..Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun.. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain diluar, tetapi pintupagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun> memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.


Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya... kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam. Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.


Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?" Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan"Tak tahu... !" "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri lagi. Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik.


Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh...... cantik kan !" katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya.. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan. Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.. Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu,membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak... Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak.Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. "Ita demam... " jawap pembantunya ringkas.. "Bagi minum panadol tu," balas si ibu.. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu..

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. "Petang nanti kita bawa ke klinik.. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. "Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong keranagangren yang terjadi sudah terlalu teruk. "Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.. Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak... Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis.. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.. "Abah... Mama.... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah... sayang mama.." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa. "Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria. "Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,"katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiadamanusia dapat menahannya.

ANTARA ANAK DAN KERETA…YANG MANA LEBIH BEHARGA…






Wednesday, 10 June 2009

Buah Hati Dady dan Bonda...

Muhammad Aqil Amzar
setahun sudah ku menunggu diri mu
ahkhirnya kau menjadi milikku
susahnya untuk melupakan dirimu
kerana kau ku cintai selalu,
















KEMBALI SEMULA.....

Salam sejahtera...
sekian lama menyepi.. kini aku kembali menyambung coretan dan jalinan yang sekian lama terputus...
Ssebagai menyambung lembaran baru, aku selitkan apa yg pernah berlaku dan tersimpan di dalam kamera kesayanganku ini.

Pameran Kereta Berhias Sempena Jubli Emas Pemerintahan Sultan Kedah - Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.




Wednesday, 25 February 2009

Bertemu kembali.....

Sudah sekian lama aku tak update blog... macam2 perkara telah berlaku dalam hidup aku sepanjang penyepian aku. Walaubagaimanapun, aku akan cuba update balik dan letakkan gambar yg pernah aku snap dulu sebagai tatapan rakan2....
Untuk kali nie aku just letak dulu lawak jenaka yg aku abru dapat dari emai....

JOKE FOR TO DAY
Sosej dan Lembu:
Ada kisah seorang anak yang diberi peluang untuk belajar di Amerika untukdapatkan degree, tapi selepas 15 tahun, x pernah lulus, akhirnya bapak diadah x sanggup lagi tanggung beban wang untuk anaknya itu, terpaksalah diabawak balik ke Malaysia.
Sepanjang perjalanan dari airport ke rumah, bapaknya diam aje (marahla tu).
Si anak dah rasa x best, so dia pun cari la idea untuk berbual & tunjuk padabapak dia yang dia kat Amerika ada gain something la dgn pekembanganteknologi.
So dia ckp dgn bapak dia:
Anak: Bapak tau x, kat Amerika sekarang teknologi dah maju giler. Sekarangnak buat sosej x payah nak sembelih lembu, buang kulit, masuk je lembudalammachine, dah jadi sosej....
Bapak: Itu teknologi dah lapuk. Kat Malaysia lagi advance. Aku 32 tahundulu, masukkan sosej aje dah keluar lembu sekor... menyusahkan plak tu..

Wednesday, 6 August 2008

Is it Me?

Poster...

Cover page...

Another poster

My lovely granny... love u..

Bila la agaknya boleh ada baner sebesar ini...

Tuesday, 22 July 2008

Mari cari benda tersembunyi....

Nie le meja tempat aku berkerja hari-hari.

Meh tengok apa yang ada... :)



koleksi kereta mini...

crystal stone...

Tuesday, 8 July 2008

Jom Pi Dusun

sorry... buah durian tak boleh petik nok!!!!


Maap tak boleh tanduk macam bola.. *matilaa bola piala dunai pakai bola durian...



Wah banyaknya rambutan....

Pokok randah pun banyak durian...

Melerat lerat bauh sampai ke tanan.... tak tau nak makan yg mana..

yum yum....

Manggis kat pokok, muda lagi tuh...

Perfect durian...

Jom petik dokong...



Anak lembu merah..


Duraian time..........

Kedondong...

Manggis..... Ada sorang mamat tuh... suka sungguh ngan manggis....
meh balik sini makan manggis ok....