Sunday 24 February 2008

My Best Shot Collection. (part 2)

Sawah padi, kawasan kampungku.

Padi...

Lorong-lorong sawah padi.

Cak!!! ha ha ha jadi model paksaan.
just my belove brother....

Pemandangan sawah padi, dari atas Gunung Keriang, Alor Setar, Kedah.

To Mohamad: Thanks a lot to be my model tak berbayar... he he he abang sayang kamu...


My Best Shot Collection. (Part 1)

Teratai....

Forest fruit, Bukit Pinang, Perlis.

Air terjun hutan simpan Sedim, Kulim, Kedah.

Rumah Rehat Sungai Sedim, Kulim, Kedah

Cabel Car, Genting Highland, Pahang.

Rimbunan pokok jambu keling, (depan rumah)

Bongsai Jeliti, wangi......

Jepaniss Roses....


Sunday 17 February 2008

Burung, Prasejarah dan Sekolah

Burung Kakak Tua

Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua. Keduaburung itu berbeza, yang satu suka bernyanyi dan yang satunya lagi hanyadiam saja, datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua. Ia berkatakepada si penjual burung.
Pembeli : Berapa harga burung kakak tua ini...??
Penjual: Kalau yang suka menyanyi itu RM500, sedangkan yang diam
itu RM1000.
Pembeli: Ahhh...?? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam.
Penjual: Yaa... memang berbeza, yang berharaga RM1000 itu ialah pencipta lagunya.


Prasejarah

Suatu hari, Pak Mat berkunjung ke muzium negara, ketika itu berlangsung pameran pra sejarah. Antara yang dipamerkan ialah rangka dinosaur. Setelah berpusing-pusing, datanglah seorang penjaga muzium yang bernama Komeng yang sedang bertugas lalu bertanya,
Komeng: ada apa pakcik?
Pakcik: Pakcik nie nak bertanya... agak-agaknye la berapa umur dinasour nie?

Dengan penuh yakin Komeng menjawabKomeng: Satu juta tahun, empat bulan, lima hari.
Pakcik: Terernya awak... macam mana awak boleh tahu sampai begitu sekali?Komeng: Waktu saya mula kerje kat sini, umur dinasour ni satu juta tahun, sekarang saya dah empat bulan lima hari kat sini.


Muntah-muntah
Suatu hari di negara Eropah diadakan satu pertandinganan iaitu menahan bau di dalam sebuah bilik kecil yang di dalamnya dimasukkan 10 ekor kambing.Peserta pertama dari Amerika..Baru 3 minit dia sudah keluar sambil muntah-muntah.Peserta kedua dari Jepun..Baru 10 minit dia sudah pengsan.Peserta ketiga dari Afrika,Baru 30 minit dia terus keluar dan muntah-muntah.Terakhir peserta dari Bangladesh ...Baru 1 minit... 10 kambing itu keluar dan muntah-muntah.

ANAK DAN BAPA

Jamil pulang dari sekolah dan bercerita pada bapanya yang tidakpernah bersekolah.
Jamil: Ayah, tadi saya dimarah oleh cikgu!
Ayah: Kamu buat silap apa, Jamil?
Jamil: Tadi saya tidak dapat menjawab pertanyaan cikgu.
Ayah: Apa yang cikgu tanya?
Jamil: Cikgu tanya, di mana letaknya Washington .
Ayah: Itupun kamu boleh tak tahu! Lain kali kalau kamu sudah meletakkan sesuatu benda, jangan lupa di mana tempatnya

Wednesday 13 February 2008

Ketawalah Lagi.

JANGAN KETAWA 1:
Pintu bilik dibuka dengan kuat dan mengejutkan sepasang suami
isteri yang sedang tidur nyeyak... Seorang lelaki dengan wajah garang mengacukan
senjata tajam ke arah si isteri....

Perompak : "Sebelum kamu mati kubunuh, sebutkan namamu!"

Isteri : "Na... nama sa... saya... Aisyah"

Perompak : "Aisyah? nampaknya sama dengan nama ibuku. Aku tidak
boleh membunuhmu,"

Lalu dia mendekati si suami dan sambil mengacukan senjatanya.
Dia berkata berkata,

Perompak : "Sebutkan namamu. Aku mesti tahu nama setiap orangyang
menjadi korbanku."

Suami : "Namaku kamal.. tapi.... semua orang memanggilku Aisyah...."

JANGAN KETAWA 2 :

Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer. Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM1.00.. mesin komputer menjawab: "47 kg! "

Gadis kedua cuba untuk menimbang,dan mesin komputer menjawab: "52 kg!"

Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montelcuba menimbang dirinya di mesin itu.

Setelah memasukkan wang RM 1.00..mesin komputer mengeluarkan jawapan: "Tolong naik sorang-sorang. . Jangan ramai- ramai!"

JANGAN KETAWA 3 :

JAMAL ke kedai untuk membeli telur yang dipesan ibunya. Ketika berdiri ditepi jalan, dua buah kereta tiba-tiba berlanggar di hadapannya. Dia terkejut dan kaku di situ sehingga polis dan ambulans tiba. Setelah mangsa dikeluarkan, Jamal berlari pulang dan terlupa membeli telur.

Jamal dengan penuh minat menceritakan kemalangan itu pada ibunya."Dahsyat bu, kakinya tercabut dan terpelanting ke seberang jalan. Tangannya pulak putus, kepala pecah, perut terburai..."

Tiba-tiba ibunya mencelah, "Telurnya mana?"

Jamal menjawab, "Err.... Mal tak tau pulak ke mana tercampaknya!"

Tuesday 12 February 2008

My Task

Tugasan yang sepatutnya disiapkan lebih awal.


Pening kepala bila buat drafting.

Aku memang minat sketching, tapi kalau kerja dalam keadaan tertekan susah gak nak buat.



Walaupun keja macam enjet enjet semut, Alhamdulillah dapat siap juga.

Drawing and sketching yang dah siap kena touck up bagi nampak lebih kemas.
Baru dapat pujian dari BOSS. he he he.


Apa komen sketching aku nie, Ok tak?
Interial design untuk pengubahsuaian pejabat baru.At last dapat siap gak.
Yang kecewanga, segala kerja dan penat lelah untuk settle kerja ni kena tangguh dulu plak. BOSS cakap sibuk nak tengok dan bagi komen.
Abis tu sapa nak komen ni?
Korang boleh komen ker?

Monday 11 February 2008

My First Entry

Itu kamu?
Perjalanan hidup sebagai seorang insan biasa.
Laut yang luas terbentang memberikan kedamaian pada minda yang gelora.
Mentari senja berlabuh sayu.....
Adakah esok masih ada?

Permulaan


Salam perkenalan kepada semua sahabat. Ini adalah permulaan blog yg aku rasa teringin buat sendiri. Asyik dok baca blog orang saja. So aku harap kawan - kawan semua dapat bagi dapat bagi sokongan dan panduan kepada aku dalam penulisan blog ini. Sebarang cadangan dan komen yang bernas sangat-sangat dialu alukan.


******Surah Al Fatihah sebagai permulaan.******