Wednesday 19 March 2008

Permintaan Terakhir - Nyanyian Dari Penjara

Bila aku dengar, memang best gila dan ia din yanyikan oleh seorang banduan bernama Hazwan sehari sebelum dia mati di tali gantung.

Dengar setiap bait bait lagu ni, betul-betul membuatkan hati terasa something yang sukar nak diluahkan. Syahdu sangat lagi-lagi jika dikenang memang betul itu lagu yang din yanyikan seorang banduan sebagai permintaan terakhir.

Cuba korang selami hati seorang lelaki yang menjadi mangsa pendustaan sebuah cinta.

Dari sedikit research yang aku dapat, begini ceritanya.
Arwah Hazwan ni bercinta dengan seorang gadis. Sedang asyik mereka bercinta, Ex-boyfriend gadis tersebut telah merayu untuk kembali kepada gadis tu.
Si gadis ni jadi serba-salah and of coz, dah tentu dia masih ada rasa sayang pada ex-boyfriend dia tu. So si gadis ni buat keputusan untuk memilih lelaki tersebut dan meninggalkan Hazwan. Dek kerana rasa frust (ini dinamakan cinta sejati), Hazwan sanggup membunuh lelaki tersebut dan satu lagi fakta yang Akujumpa, dia turut membunuh ex-girlfriend dia tu. How sad. Sanggup membunuh kerana cinta. How damn’nya menjadi seorang gadis yang buta menilai cinta seorang lelaki. Ya, Cinta sejati seorang lelaki. Lelaki yang sebenar. Hazwan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Semasa di penjara, sehari sebelum dia digantung, pegawai penjara bertanya ape permintaan terakhir Hazwan sebelum mati. Hazwan hanya mahukan sebuah gitar dan pita rakaman untuk merakamkan lagu ni dan dia suruh pegawai penjara tu untuk sebarkan lagu ni. Ada lagi fakta yang kata kawan-kawan Hazwan yang datang ke penjara untuk merakamkan lagu ni. Wallahualam. Apa pun, semoga Allayarham Hazwan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Jikalau’lah gadis itu masih hidup (jika fakta tu salah), moga dia tahu yang dialah insan paling zalim dalam dunia ni.

Tolonglah, hargailah cinta seorang lelaki

Setahun sudah ku menunggu dirimu
Akhirnya kau menjadi milikku
Susahnya untuk ku melupakan mu
kerana kau ku cintai selalu

C/O
Tapi sayang....
Kehadiran kekasih lama mu
Datang kembali mengenang cinta dahulu

Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerana diriku
Sedangkan aku penawar da....dalam percintaan
Tak sanggup... aku melepaskan mu

Kau ibarat...
Terperangkap di tengah lautan
Tak tau mana arah untuk kau menuju....

Andai kau pinta untuk melepaskan mu
Terpaksa aku turutkan
Mungkinkah ini suatu pengajaran
Di dalam percintaan.. ....


Jangan Benci Kucing - sama-samalah kita ambil pengajaran..

Budin seorang yang amat benci pada kucing, entah apa silap yang telahdibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu.

Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Budin bertemu jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada kucing. Bukan itu sahaja, sebelum berkahwin dengan Budin, Gayah sudah sedia ada membela seekor kucing siam.

Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin pada kucing terutama si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya. Apa tidaknya, Gayah lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan sehari-hariannya. Hal ini membuatkan Budin beranggapan, Gayah lebih sayang si Tompok berbanding dengan dirinya.

Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Budin membuat rancangan untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan hidup isterinya, Gayah. Maka, bermulalah dengan rancangan jahat Budin.

Pucuk dicita ulam yang mendatang, ketika isterinya sedang asyik mandi , Budin dengan tanpa segan silunya telah menangkap si Tompok, disumbat dalam karung beras Mehsuri. Tanpa berlengah terus merempit motor kapcainya sehingga jauh dari rumahnya , lebih kurang 10 km lalu dihumbanlah si Tompok tanpa belas kasihan. Dengan hati gembira, baliklah dia ke rumah dengan siulan mengikut rentak lagu Cindai nyanyian Siti Nurhaliza.

Tapi, kegembiraan hanyalah sementara bila tiba di rumah si Tompok dengan sombong bongkaknya melanggok depan pintu lagaknya menyambut kepulangan Budin. Sakitnya hati Budin tak dapat digambarkan.

Besoknya, Budin meneruskan rancangan jahatnya. Kali ini lebih jauh dibawa si Tompok, 20 km dari rumahnya. Tetapi seperti semalam Tompok berjaya mendahuluinya pulang ke rumah. Budin tidak putus asa begitu sahaja, alang-alang peluk pekasam, biar habis basah sampai ke pangkal lenggan.

Maka nekadlah Budin, kali ini dia bukan sahaja hendak buang Tompok lagi jauh tapi dibawanya Tompok pusing-pusing dahulu. Habis semual jalan ditempuh, sekijap ke kiri, sikijap ke kanan, yang lurus, yang bengkok, segala kona, segala selekoh habis dirempitnya dan akhirnya si Tompok dibuang begitu sahaja.

Selang berapa minit kemudian, Budin menelefon Gayah. Budin: Ayang, Tompok ada kat dalam rumah tak, tanya Budin dengan penuh suspen lagi berdebar-debar. ..

Gayah: Ada, ada dekat depan pintu tu ha, Kenapa? tanya Gayah keheranan.

Budin: Panggil dia! herdik Budin dengan nada yang tinggi...

Gayah: Kenapa? tanya Gayah lagi.

Budin. Aku nak tanya dia, bagaimana nak balik ke rumah. Aku sesat ni