Tuesday 24 June 2008

Lawak Hari nie...

Lawak...

PART I

Che'gu Berahim sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa, Che'gu Berahim akan menyuruh murid²nya melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian, dimana murid² baring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal. Che'gu Berahim asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba² memberhentikan kakinya. Lalu Che'gu Berahim menyergah muridnya yang bernama Man Dol. "Woiiii Man, apa sebab kau berhenti ni hah". "Oh Che'gu Berahim, basikal saya tengah turun bukit
Che'gu, sebab tu saya berhenti Takkan nak kayuh jugak.

PART II

Waktu sekolah telah tamat.sebelum keluar kelas, Che'gu Berahim telah bertanya kpd murid²nya. Che'gu : Siapa nak masuk/pergi syurga?

Semua murid mengangkat tangan kecuali Man Dol lalu Che'gu Berahim pun bertanya,
Che'gu : Man, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?

Man : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah..jangan pergi mana-mana.

PART III

Che'gu Berahim sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...

Che'gu : Man, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepong?

Man : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah.... emak sedang membuat
kek didapur.

Che'gu : Mana tepungnya??

Man : Tepong kan kat dalam kek tu.... Che'gu nie tak sekolah ke
hape??


PART IV

Seperti biasa, Che'gu Berahim nie mengajar pelajar di Sekolah Agama.Che'gu Berahim mengajar budak tahun satu.Pada hari tersebut, beliau mengajar bab cara berwudhuk.
"Selepas mengajar, beliau (Che'gu) selalu meminta muridnya bertanyakan soalan jika terdapat kemusykilan.

Che'gu : Ada sesiapa hendak bertanyakan soalan?

Tiba² seorang anak muridnye mengangkat tangan, nama murid tu adalah man dol.

Man Dol: Ada Che'gu. saya ada satu kemusykilan. Boleh tak kita ambil wudhuk dua kali?

Che'gu : Boleh, tapi kenapa sampai dua kali ambil wudhuk?

Man Dol: Saya ambil dua kali sebab kalau saya terkentut, wudhuk lagi satu tu boleh buat spare!

Che'gu : Allahhuakbarr! !!


PART V

Che'gu Berahim: Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?

Joe : Untuk mencari makanan, che'gu

Che'gu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?

Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, che'gu

Che'gu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Man Dol pula. Apakah tugas daun pisang?

Man Dol : untuk membungkus nasi lemak, che'gu...

Che'gu Berahim: uii... lagi bagus.... berdiri atas meja sampai habis kelas..

Monday 16 June 2008

Kau hadir jua......






kau tercipta untukku....


seiring dan sejalan...


Doakan kebahagiaan kami....Amin..

Monday 9 June 2008

Tika Jodoh Dan Ketentuan.....











Sekadar Memanjangkan. .

KETIKA MENCARI CALON Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

KETIKA AKAD NIKAH Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah

KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana mengaminkan do'a mereka.

KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan

KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK. Cintailah isteri atau suami anda 100%

KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

KETIKA ANAK BERMASALAH Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS

Gunakanlah formula 7 K

1 Ketaqwaan

2 Kasih sayang

3 Kesetiaan

4 Komunikasi dialogis

5 Keterbukaan

6 Kejujuran

7 Kesabaran